PERHATIAN

Segala maklumat di laman ini adalah untuk tujuan promosi pakej website bajet RM499. Pakej Website Bajet RM499 merangkumi 5 halaman asas, design mesra mobile, SEO asas, serta 5 kali penukaran percuma. Anda boleh memilih pakej-pakej lain juga ikut kesuaian anda. Sebarang permintaan tambahan atau perubahan melebihi had akan dikenakan caj tambahan. Harga, ciri-ciri pakej, dan syarat perkhidmatan boleh berubah tanpa notis. Dengan menggunakan servis kami, anda bersetuju dengan syarat ini.

 

Polisi Privasi – proweb.my
Di proweb.my, privasi anda amat penting bagi kami. Polisi ini menerangkan bagaimana kami mengumpul, menggunakan, melindungi dan mengurus maklumat peribadi anda apabila menggunakan laman web kami.

Maklumat Yang Kami Kumpul
Kami mungkin mengumpul maklumat berikut apabila anda melawat atau menggunakan perkhidmatan kami:

  1. Nama penuh
  2. Alamat e-mel dan nombor telefon
  3. Nama syarikat & maklumat perniagaan (jika berkenaan)
  4. Data teknikal seperti alamat IP, jenis pelayar, serta aktiviti di laman web

Bagaimana Kami Menggunakan Maklumat
Maklumat yang dikumpul digunakan untuk tujuan berikut:

  1. Memproses permintaan atau tempahan perkhidmatan website
  2. Memberikan sokongan pelanggan yang lebih baik
  3. Menghantar maklumat penting berkaitan servis, promosi atau kemas kini
  4. Menambah baik kualiti laman web dan pengalaman pengguna

Perlindungan Data
Kami komited untuk melindungi maklumat anda. Segala data disimpan dengan selamat dan hanya digunakan untuk tujuan yang dinyatakan. Kami tidak akan menjual atau menyewa maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga tanpa kebenaran anda.

Pendedahan Kepada Pihak Ketiga
Maklumat anda mungkin dikongsi hanya jika perlu, contohnya:
Dengan penyedia hosting atau sistem pembayaran (untuk melengkapkan servis)
Jika diwajibkan oleh undang-undang atau pihak berkuasa

Cookies
Laman web kami mungkin menggunakan cookies untuk meningkatkan pengalaman pengguna. Anda boleh memilih untuk menolak cookies melalui tetapan pelayar, namun ia mungkin menjejaskan fungsi laman.

Perubahan Polisi
Kami berhak mengubah polisi privasi ini dari semasa ke semasa. Sebarang perubahan akan diumumkan di laman ini.

 

Terma & Syarat – proweb.my
Dengan menggunakan laman web proweb.my atau melanggan perkhidmatan kami, anda bersetuju untuk mematuhi syarat-syarat berikut. Sila baca dengan teliti sebelum membuat tempahan.

Definisi
Kami/Proweb.my: Merujuk kepada penyedia servis website bajet RM499.
Pelanggan/Anda: Individu atau syarikat yang melanggan perkhidmatan kami.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan
Pembangunan laman web bajet bermula RM499.
Servis termasuk: rekabentuk asas, hosting (jika dipersetujui), pemasangan CMS, dan kandungan yang disediakan pelanggan.
Penukaran/perubahan design atau kandungan dibenarkan maksimum 5 kali. Lebih daripada itu akan dikenakan caj RM50 setiap perubahan.

Tanggungjawab Pelanggan
Memberikan semua bahan lengkap (logo, gambar, teks, profil syarikat) sebelum proses pembangunan bermula.
Memastikan maklumat yang diberikan adalah tepat, sah, dan tidak melanggar hak cipta pihak ketiga.
Menyimpan maklumat login (jika diberikan) dengan selamat.

Tempoh Siap Projek
Website biasanya siap dalam 5–7 hari bekerja selepas semua bahan lengkap diterima.
Waktu menyiapkan mungkin lewat sekiranya musim perayaan atau jumlah tempahan terlalu banyak. Pelanggan akan dimaklumkan jika terdapat kelewatan.

Pembayaran
Semua pembayaran adalah tidak boleh dipulangkan (non-refundable) selepas proses pembangunan dimulakan.
Projek hanya akan dimulakan selepas bayaran penuh dibuat.

Hak Cipta & Lesen
Semua rekabentuk dan kod yang dibangunkan adalah milik proweb.my sehingga pembayaran penuh diterima.
Selepas pembayaran selesai, hak milik laman akan dipindahkan kepada pelanggan.
Kami berhak untuk memaparkan hasil kerja (contoh website) sebagai portfolio kecuali diminta untuk tidak dipamerkan.

Had Tanggungjawab
Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data, kerugian keuntungan, atau kerosakan akibat penggunaan laman web.
Pelanggan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kandungan yang dimasukkan dalam laman web mereka.

Pengubahsuaian Terma
Kami berhak mengubah atau menambah baik terma & syarat ini dari semasa ke semasa. Sebarang perubahan akan dikemaskini di laman web rasmi kami.

Hubungi Kami
Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan privasi, sila hubungi kami di:
support@proweb.my
+603-677 0282

Open chat
1
💬 Ingin Bantuan?
Hello 👋
Can we help you?